Tampilkan postingan dengan label serta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label serta. Tampilkan semua postingan

Selasa, 06 Desember 2016

KERJA BAIKPULIH HOUSING PENUTUP HINGES LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 YANG PATAH SERTA UPGRADE

,

MASALAH


Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150  ini adalah Hinges patah serta cover penutup hinges telah patah.
Owner juga mengalami masalah external Harddisk corrupted. Bateri Laptop juga sudah kong (flat) dan perlu diganti dengan yang baru.


Dan owner  juga mahu Upgrade Laptop pada tahap maximum performance. 



KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kanan  telah patah.
  2. Housing(casing) penutup hinges laptop di 1 tempat telah patah.
  3. Bateri kong.
  4. External HDD data telah corrupt dan tak dapat di akses
  5. Windows Laptop diserang virus menyebabkan sistem jadi slow dan lagging.


BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150 ni berjaya diselesaikan dengan pengantian parts baru serta dengan Ram  yang diupgradekan ke maximum Laptop boleh support.


Housing(casing) penutup hinges laptop yang telah patah  tu telah aku baik pulih dengan mengambil  plastic dari botol deodorant yang telah kosong dan dibentuk menyemai keadaan housing yang asal.

Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik serta normal.

Read more

Jumat, 21 Oktober 2016

TIPS MEMILIH BRAND JENIS LAPTOP YANG TAHAN LAMA SERTA RELIABLE DARI KEROSAKKAN HARDWARE UNTUK JANGKA MASA LEBIH DARI 3 TAHUN

,





Graf-graf ini aku dapat dari poll di US website untuk laptop dikilang(dibuat) pada tahun 2007 hingga 2010.Mungkin antara pembaca blog aku dah tahu.Tapi mungkin ada yang belum tahu tentang graph ini.Poll ni dilakukan dengan jumlah laptop yang sama.jadi tiada masalah Brand mana banyak yang digunakan.
Jika korang lihat pada graf-graf diatas Asus lebih tahan dari Apple, Sony and Dell. Kita selalu mendengar yang laptop Apple, Sony dan Dell adalah yang paling terbaik dan berjenama untuk laptop. Tapi pada poll yang dibuat,menunjukkan sebaliknya.


Jika korang ingin membeli Laptop dengan budget antara Rm2.5k, dan tidak ingin laptop korang bermasalah, korang patut pilih Laptop Asus atau Toshiba. Tidak jika korang terlalu menyukai Apple OS.


Cuba lihat graf-graf diatas. Rating kerosakkan antara Toshiba laptop adalah 15.7% dan beza dengan Asus laptop hanya 0.01%. Kestabilan antara kedua-dua Laptop hampir sama. Tapi Asus laptop agak mahal sikit dari Toshiba. Jika korang hanya ada cari budget, pilih Toshiba.


Aku agak suka Acer. Walaupun % kerosakkan sehingga 23.3% (selepas Gateway) tapi spareparts Acer senang untuk didapati.Dell juga aku suka walaupun % kerosakkan 18.5% tapi mereka bagi waranty 1 tahun repair kerumah pelanggan.(Service Center agak bagus).
Yang paling teruk adalah HP-Compaq.Dulu tahun 90- awal 2000 kualiti produk mereka agak bagus dan bertahan bertahun-tahun tapi start akhir 2005 laptop mereka ada masalah kualiti (LCD, OVERHEATING dll).

BEZA ANTARA LAPTOP GUNA CPU INTEL DAN AMD
intel: kelebihan:
  • Cepat/Laju
  • Penjimatan kuasa (bateri) terasa bila pakai Laptop/notebook
  • Stabil
  • Vga/gpu terus dari (i3/i5/i7)
  • Suhu tidak terlalu panas idle hanya antara 30C - 40C
intel: kekurangan :
  • Mahal/untuk i7/i5
  • Untuk pekerjaan bagi fungsi grafic/3d/games agak kurang/legging
  • Untuk overclock agak mustahil


AMD: kelebihan:
  • Kelajuaan kuasa tinggi untuk harga berbanding sama harga dengan intel
  • Untuk kerja-kerja grafik bagus
    Murah
  • Core/64bit lebih banyak
AMD: kekurangan:
  • Panas
  • Kurang stabil
  • Penggunaan kuasa tinggi (pada load penuh 2X lebih daripada intel)
  • Suhu CPU lebih Panas 51C - 70C
    Kena ada Laptop cooler
BEZA ANTARA LAPTOP GUNA GPU(VIDEO DISPLAY) INTEL DAN AMD-ATI/NVIDIA

Amd-ATI/Nvidia: kelebihan
  • Permainan melibatkan 3D games bagus
  • Kerja-kerja melibatkan 3D design dan grafik bagus
Amd-ATI/Nvidia: kelemahan/keburukkan
  • Panas (ini akan menyebabkan chip display cepat rosak)
  • Perlu kipas tersendiri untuk chip display(selalunya laptop budget hanya ada satu kipas share dengan CPU)
  • Air ventalition mesti bagus jika tidak laptop akan mengalami overheating
Intel GPU:kelebihan
  • Tidak terlalu panas
  • Kipas heatsink share dengan Cpu tidak menjadi masalah
Intel GPU:kelemahan
  • Slow bagi games atau kerja-kerja 3D/grahik


Gamers Laptop
Jika korang kaki gamers tapi budget dalam 2k-3k jangan beli laptop tapi PC dan jika hendak beli juga jangan harap Laptop korang dapat bertahan lebih pada 2 tahun (walaupun manufucture mengatakan laptop budget mereka boleh memenuhi keperluan korang)(gamers) tapi kalau bertahan ok la.
Laptop-laptop ini pakai AMD ATI atau Nvidia GPU ni kebanyakkanya Tempreture Chip GPU ini sahaja antara 60C-80C.Ini tak bagus untuk laptop (kerana kedudukan motherboard dalam housing laptop sempit dan jika ada yang kata normal itu adalah suhu untuk PC) dan kalau rosak memang kos untuk repair tinggi (tukar chip atau tukar motherboard dalam rm500-rm800) .Kenapa aku cakap begitu, sebab untuk laptop gamers perlu ada sekurang-kurangnya 2 kipas ventilation atau lebih(lagi bagus) untuk menyejukkan CPU dan GPU Laptop tersebut.Kalau Laptop tersebut hanya ada 1 kipas untuk sistem board sahaja kemungkinan untuk chipset overheating adalah tinggi.Masalah yang selalu akan terjadi pada laptop yang menggunakan Nvidia atau ATI adalah Blank/Black screen.Brand tak melambangkan laptop tu bagus semua brand akan mengalami masalah ini untuk Laptop yang pakai Nvidia atau ATI. 
Jika anda ingin beli Laptop (budget 3k kebawah) yang tahan lebih pada 3 tahun pilih yang pakai CPU dan GPU chipset Intel chip(mandatory). 


ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA UNTUK BELI LAPTOP: 
  1. Waranty yang dibagi oleh pengeluar(tanpa perlu keluar duit):paling baik 3 tahun tapi jika dapat 2 tahun sudah bagus(hendak lebih lama (lebih bagus kalau anda hendak pakai lama) mungkin korang kena keluar duit sikit) 
  2. Spareparts (3rd party dan original) senang diperolehi. 

Conclusion
Jangan lihat pada brand (brand tak melambangkan laptop itu bagus atau tidak) jika hendak beli dan pakai lama jangan percaya kata-kata penjual(salesman) tapi kena kaji dan teliti dulu model laptop, keperluan laptop dan masalah yang dihadapi pada model tersebut.Penilitian yang aku buat untuk laptop-laptop yang dikilang pada 2006 keatas kebanyakkan di buat dengan kualiti yang rendah dari laptop yang dikilang pada 2006 kebawah.Mungkin sebab untuk kurangkan kos dan lebihkan keuntungan.Tapi jika pakai tak sampai 1 tahun atau 2 tahun dah rosak hardware ini mungkin tak dapat diterima.

Forum (boleh tanya disini) yang boleh membantu untuk korang pilih Laptop yang sesuai
http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/81174-nak-beli-laptop-nak-pendapat-nyatakan-di-sini-v1/page__st__725


Reference

[1] Laptop Reliability Study. (n.d.). SquareTrade . Retrieved December 8, 2010, from http://www.squaretrade.com/htm/pdf/SquareTrade_laptop_reliability_1109.pdf

[2] Laptop Reliability Study: Asus and Toshiba Come Out on Top. (n.d.). Gizmodo, the Gadget Guide. Retrieved December 9, 2010, from http://gizmodo.com/5406415/laptop-reliability-study-asus-and-toshiba- come-out-on-top

[3] Laptop reliability study: HP is the worst laptop . (n.d.). nkkhoo.com. Retrieved December 8, 2010, from http://www.nkkhoo.com/2010/03/16/laptop-reliability-study-hp-is-the-worst-laptop/

Masa tak mengizinkan jadi tread ni akan aku sambung bagi lengkap.
Read more

Minggu, 11 September 2016

TIPS DIY SERTA BAIK PULIH BATERI CMOS UNTUK LAPTOP NETBOOK ULTRABOOK

,
Masalah bateri CMOS atau nama panjangnya (Complementary Metal Oxide Semiconductor) yang hilang charge atau kong sering terjadi pada PC atau Laptop lama, biasanya masalah ini terjadi pada Komputer yang berusia 3 tahun keatas.

Bateri ini juga dipanggil sebagai bateri RTC.

Kesan yang  biasanya  terjadi pada sistem Komputer akibat masalah tersebut adalah masa dan tarikh sistem paparan serta BIOS komputer ter reset pada nilai yang tidak tepat dari masa dan tarikh sebenar, ini berlaku apabila bekalan kuasa Komputer di matikan.

Masalah ini tetap akan terjadi, walaupun kemudian korang perbetulkan beberapa banyak kali pun ia akan lari semula seperti yang aku jelaskan tadi.

Selain itu, untuk sesetengah model Laptop atau PC,terjadi  masalah untuk komputer Power-On disebabkan masalah bateri CMOS. Ataupun masalah error masa POST BIOS.
Jika masalah ini terjadi, penyelesaian yang  betul adalah dengan menukar bateri CMOS yang baru.Untuk menukar bateri CMOS baru pada motherboard PC adalah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi untuk tukar bateri CMOS baru pada Laptop agak sukar.Jika korang bawa ke kedai, caj untuk menukar bateri CMOS baru untuk Laptop adalah antara RM30.00 atau RM50.00. Ini bukan sekadar harga bateri itu tapi charge untuk buka cover housing Laptop.

Ini kerana, sesetengah Laptop, akses pada bateri CMOS kadang kala terletak di bawah motherboard yang untuk mencapainya perlu buka keseluruhan Housing Laptop.

Harga bateri CMOS kecil yang belum ada wayar penyambung ini cuma RM5.00 boleh dibeli di kedai hardware atau jam. Biasa jenis jenis CMOS bateri yang digunakan adalah CR 2032.
Tapi ada juga yang model laptop yang guna saiz yang berlainan  dari  CR 2032  untuk itu sila lihat kod pada bateri asal itu.Tapi kebiasaanya bateri-bateri ini mempunyai voltan 3v. 
Ok, aku ada sebut yang harga bateri CMOS CR2032 baru hanya berharga rm5.Tapi korang akan dapat hanya bateri cahaja, tanpa wayar penyambung, kalau korang cari yang baru, harga biasa tak termasuk pasang rm25. Lihat Sini

Bagaimana nak menyambung wayar sambungan pada bateri CMOS CR2032 baru, korang perlu faham, permukaan   bateri CMOS CR2032 adalah di perbuat dari logam nikel. 

Permukaan nikel susah untuk di pateri dengan timah solder biasa.Dan  bateri CMOS CR2032 ini tak boleh terlalu panas kerana Lithium mudah meletup jika terlalu panas.

Jika korang salotep atau gam kan, boleh juga, tapi sambungan wayar hanya sekejap, apabila suhu didalam housing Laptop panas, sambungan bateri menjadi longgar.Dan masalah masa/tarikh akan terjadi lagi.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk sambung bateri CMOS CR2032 adalah:
  1. Solder Iron dengan Timah - RM10.00 - RM30.00
  2. Gunting - RM1.00 - RM3.00
  3. Bateri CMOS CR2032  - RM5.00
  4. Tape Aluminium atau Cooper Tape - RM1.00 - RM3.00
  5. Salotape - RM1.00
DIY ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Aku telah mencuba dan berkesan, tiada masalah. Apabila selesai tukar bateri baru, cuba ukur voltan menggunakan multimeter, dapatkan bacaan 3v pada bateri CMOS baru sebelum pasang ke Motherboard.

 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Read more

Jumat, 19 Agustus 2016

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4920 ON OFF SUIS RIBEN KOYAK SERTA COVER HOUSING PATAH

,




MASALAH
Masalah laptop ni adalah, RIBEN suis power untuk ON/OFF Laptop koyak kerana owner cuba untuk buka housing Laptop.Penutup atas dimana suis power laptop terletak juga patah disebabkan percubaan buka housing/casing laptop yang gagal. Apabila housing Laptop tak boleh di buka, menyebabkan kejadian ini terjadi dan Laptop tidak dapat dihidupkan balik.Owner laptop ni dah try cari riben ganti untuk laptop tapi tak berjaya (Ada model-model laptop yang tertentu(biasanya model yang jarang rosak) spareparts memang susah cari dan kalau ada pun mahal harganya).

Jadi nasihat aku, jika korang nak buka Housing laptop sila berhati-hati dan teliti dan kalau boleh cari bagaimana cara nak buka laptop korang (download  manual cara buka).Jika tak berani sila minta tolong kawan/kedai  yang biasa buka dan tau macamana nak buka laptop.ok



BAIK PULIH SIAP:

 







Read more

Kamis, 26 Mei 2016

TIPS CARA RECOVERY BIOS UNTUK LAPTOP HP SERTA COMPAQ

,

Banyak kes Bios corrupt selalu terjadi kerana disebabkan oleh downgrade atau upgrade BIOS yang mengalami kegagalan sehingga terjadi kerosakkan pada BIOS laptop.

Dan akibat dari bios corrupt, simtom adalah Laptop boleh Power-On tetapi tidak keluar video (black/blank screen) dengan led power dan wifi tetap menyala, dan ada juga simptom led caps lock dan numlock blinking atau Laptop tak boleh Power-On lansung tapi power led indikator menyala serta bateri charging .

Korang jangan panik dulu, untuk post kali ini, aku nak bagi tips cara recovery bios untuk Laptop HP dan Compaq.


Contoh Cara Recovery BIOS ke HP Pavilion DV4, Compaq CQ40 dan C700 :

  1. Download BIOS yang terkini di website HP-Compaq. Pastikan BIOS adalah untuk Laptop yang sama model, contohnya untuk laptop CQ40-717TU, korang mesti download BIOS CQ40-717TU.  Dan perlu difahami CQ40-717TU tidak sama dengan CQ40-717TX. Ini kerana kadang-kadang sesetengah model laptop, motherboardnya ada guna Intel dan ada yang guna AMD.

Sila download file yang bertajuk "WinFlash for HP Notebook System BIOS - Microsoft Windows-Based"

  1. Cari Pendrive kosong, kapasiti pendrive boleh juga sebesar  128mb- 2Gb dan jenama tidak  kira samada Kingston, Sandisk atau brand lain. Ingat kosongkan dulu pendrive korang kerana pendrive ini biasanya perlu diformat terlebih dahulu untuk mengelakkan file virus atau file lain yang boleh mengangu kerja recovery.
  2. Extract file BIOS yang telah didownload, file ini adalah file .exe dengan menggunakan software WinRar atau 7ZIP.
  3. Cari file .FD contohnya 30F7F04.FD, file ini perlu diubah, contohnya untuk 4 huruf pertama iaitu 30F7 kemudian tambahkan . BIN sehingga menjadi 30F7.BIN
  4. Jadikan file 30F7F04.FD menjadi 30F7.BIN, kemudian save file 30F7.BIN itu di Pendrive.
*Jika korang nak pastikan nama file Bios platform Laptop korang perlu dinamakan apa dengan lebih tepat, korang buka file Bios platform yang telah diextrack, dan cari.Nanti korang akan dapat lihat"3610F32.fd".

CONTOH
????F??.FD
| || ||_|_____ EFI BIOS file
| ||_|________ Version number
|__|___________ Model specific

Korang kena rename dulu file ini ke .bin dan .rom sebelum memasukkannya ke dalam formatted usb flash drive (FAT16 or FAT32) yang telah mempunyai file crisis disk.

CONTOH
361B.BIN
361B.ROM
3610.BIN
3610.ROM
CRISIS.BIN
CRISIS.ROM

CONTOH
 [Platform_Check]
 flag=2
 PlatformName=361B
 PlatformName2=3610

Tips Recovery ini boleh digunakan untuk model HP CQ40, C700, DV4t, DV5, DV6 & HDX18T

  1. Compaq C700 biasanya menggunakan file name IBL80HW.FD
  2. Compaq CQ-401AX dan model CQ yang lain biasanya  menggunakan file name JBL20HW.BIN atau JBL20.BIN atau 30FB.BIN 
  3. HP DV5 lihat sini
  4. HP DV6-1030us dan model CQ yang lain biasanya  menggunakan file name samada 3627.BIN atau 3627.FD 
  5. HP DX18T lihat sini.

Pasang adapter CHARGER serta BATERI pada laptop. Ingat bateri perlu ada untuk mengelakkan masalah putus bekalan kuasa pada laptop.
  1. Masukkan pendrive yang telah ada file xxxx.BIN
  2. Tekan dan tahan key Windows dan key B di keyboard Laptop.
  3. Pasang Charger, key Windows + B jangan di lepas dulu.
  4. Power-On laptop dengan menekan suis power Laptop
  5. Tekan key windows dan B sehingga terdengar bunyi “ beep ”, kemudian lepaskan kedua key itu. Laptop secara automatik mengakses BIOS file di Pendrive, korang boleh perasan dengan led Pendrive yang berkelip-kelip.
  6. Bunyi beep akan terdengar berulang setiap 2 saat, biarkan sahaja, laptop akan Power-Off sendiri secara automatik setelah siap restore / recovery BIOS.
  7. Sekarang, korang boleh cuba Power-On laptop seperti biasanya dengan menekan suis power button.
  8. Jika korang masih tak berjaya, sila cuba lagi dan cuba dengan Pendrive yang lain, ingat pendrive mesti kosong untuk memudahkan sistem recovery laptop mencari file BIOS yang akan di restore /recovery.
Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika korang tak berjaya juga, ada cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan 
EEPROM Programmer .
Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger