Tampilkan postingan dengan label aspire. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aspire. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 Januari 2017

BAIKPULIH ACER ASPIRE 6935G MASALAH BIOS CORRUPT

,
Masalah Laptop ACER ASPIRE 6935G ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Masalah ACER ASPIRE 6935G berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read more

Sabtu, 14 Januari 2017

ACER ASPIRE 4736Z LED BACKLIGHT REPLACEMENT

,

MASALAH

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4736Z   ini adalah lampu backlight LCD screen tak berfungsi.


Jadi aku pun checkla lcd dia tengok lampu backlight LCD yang rosak atau power untuk lampu backlight ini yang rosak.Dan laptop ini menggunakan lampu backlight jenis LED.Sedikit penerangan perbezaan LCD backlight, korang boleh ke link bawah ini

PERBEZAAN ANTARA LCD BACKLIGHT CCFL VS LED

Setelah aku check confirm lampu LED backlight dia dah burn.Nak bukak lampu LED ni susah ooi.Benda ni letak kat bawah LCD,jadi kena bukak LCD sekeping-sekeping.Kalau tak hati-hati LCD boleh crack atau patah.Resiko amat besar.LCD kalau tukar baru dah rm350.Siapa-siapa yang berminat nak repair boleh hubungi 012-2411959 

BAIK PULIH SIAP: 
Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.





Read more

Sabtu, 31 Desember 2016

BAIKPULIH HOUSING ACER ASPIRE 4937G PATAH DI BAHAGIAN PEMEGANG ENGSEL LCD

,

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4937G ini, Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegan engsel turut patah.

MASALAH
  1. Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegang engsel turut patah.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop akan gam kan bahagian yang patah, tapi disebabkan bahagian pemegang skru engsel memerlukan kekuatan, gam sahaja tidak memadai.

Biasanya gam yang digunakan ialah jenis Epoxy 3ton.Kalau menggunakan gam biasa, memang kekuatan tiada pada tempat yang patah.

Selain dari gamkan bahagian tempat skru yang patah, Hinges/engsel ini perlu diskrukan pada body housing Laptop dengan sekeping berekat besi yang dibuat khas untuk masalah Laptop ini.

Bereket besi ini digunakan untuk memberikannya kekuatan dan mengelakkan kerosakkan pada bahagian tidak berulang lagi.






Selain dari masalah ini, model ini juga biasa alami masalah yang aku listkan dibawah.

ACER ASPIRE 4937G
Masalah yang selalu dialami
  1. Apabila Power -ON button, kipas pusing elok sahaja.LCD skrin tiada dsplay.Bila cuba pada external monitor lain, tak keluar display
  2. Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
  1. Vcore untuk Processor telah fail / faulty. 
Penyelesaian Masalah.
  1. Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah
Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop crack atau patah Housing pada Laptop/PC ,boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Read more

Jumat, 18 November 2016

BAIKI ACER ASPIRE 4630Z TAK BOLEH POWER ON

,
MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4630Z ni adalah, akan power OFF  sendiri setiap kali owner (ON ) laptop. 


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan servis Motherboard laptop.Masalah Laptop dapat diselesaikan dan laptop dapat Power ON seperti biasa.

Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read more

Senin, 31 Oktober 2016

MASALAH LCD BLANKSCREEN TAK BOLEH START PADA COMPAQ V3000 ACER ASPIRE 4520

,
8 Feb 2010


MASALAH 

Compaq Presario V3000 dan Acer Aspire 4520.Problem selalu pada overheating GPU nvidia nforce 6150/7000.Kalau GPU chip dia rosak, Laptop akan ada masalah tak boleh start(Blank Screen) Led laptop menyala.Cara nak bagi elok Laptop ni adalah dengan membaiki GPU chip dia.Gpu chip tu kalau nak kenal dia bersebelahan dengan CPU cip soket Laptop.Masalah ni mungkin disebabkan kesalahan engineering design pada sistem penyejukkan (HFS) Laptop ni.Pakai CPU AMD dan Gpu Nvidia. Dua-dua chipset ni memang famous dengan masalah overheat, selain dari nvidia nforce 8400GS.

Aku banyak terima Laptop yang disebut yang masalah dia GPU chipset.Solution dia, cari orang yang boleh repair chipset motherboard atau tukar motherboard yang baru (betul-betul baru).Tapi jika masalah overheting yang dah terlalu teruk ada yang boleh repair dan ada yang tak boleh repair.Kalau ada sapa-sapa yang nak repair boleh contact aku 012-2411959


Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 
Read more

Kamis, 06 Oktober 2016

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4755G MASALAH BLANKSCREEN

,
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4755G ini, Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.

Sebelum kena masalah blankscreen yang disebutkan, owner bagi info yang webcam Laptop tak detect, kat device menager pun tiada.Owner dari daerah Paka, Terengganu, dia Poslaju Laptop ini pada aku di Wangsa Maju.

Masalah berlarutan sehinga Laptop mengalami masalah tak boleh Power-On, kalau boleh Power-On pun, selepas Shutdown, Laptop gagal untuk Power-On semula.
MASALAH
  1. Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.





SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, aku akan periksa, adakah Laptop menggunakan GPU dari AMD atau Nvidia.

Ini kerana, kebiasaanya untuk masalah blankscreen biasanya terjadi untuk Laptop yang menggunakan chipset GPU dari 2 pengeluar yang disebutkan.

Laptop ACER ASPIRE 4755G ini menggunakan teknologi (OPTIMUS) dual display iaitu display chipset Nvidia Geforce GT540m serta built-in display chipset Intel .

Dengan kata lain, Laptop ini mempunyai dua display chipset, jika run dalam keadaan biasa, display hanya menggunakan display chipset Intel dan jika run untuk Gaming atau software grafic yang perlu kuasa yang tinggi baru  ia bertukar automatik guna display chipset Nvidia Geforce GT540m.

Untuk masalah Laptop ini, masalah blankscreen dapat diselesaikan dengan teknik reflow chipset Nvidia Geforce GT540m serta program balik IC Eeprom Bios Laptop.

Jika berminat nak baiki  masalah Blankscreen atau Laptop boleh power, tapi tak keluar POST Bios pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read more

Senin, 03 Oktober 2016

Driver of Acer Aspire One AOA150

,

Make that another loss to find drivers for laptop ACER ASPIRE ONE AOA150 series / ZG5. Because in this little series that menshare for drivers, so I will help by providing a link to the download.


Specifications Acer Aspire One AOA150:


Processor - Intel ® Atom ™ N270 (1.60GHz, 512kb L2 Cache)
Chipset - Mobile Intel 945GSE / 82 801 GBM Chipset
Memory - 1GB DDR2 533MHz SDRAM Max
Display - 8.9 "
Read more

Minggu, 25 September 2016

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4738Z MASALAH BLUE SCREEN BSOD

,
MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4738Z ni adalah, ada masalah bluescreen (BSOD) setiap kali owner (ON ) laptop.Owner dah  fedup sebab sehingga tiap kali (ON) windows kena BSOD sehinggakan masalah BSOD dah teruk kerana masa loading pun, Laptop dah kena bluescreen (BSOD).


Owner ada cakap yang dia suspek , hardisk laptop ni mungkin dah nak rosak, tapi aku cakap bawa check dulu untuk confirmkan kerosakkan. 


Aku cuba check dengan masuk pada mode safemode.Dalam keadaan safemode, problem BSOD masih ada, dan aku cuba baiki sistem Windows menggunakan installer windows baru, juga masih dapat BSOD.


Jadi aku agak, masalah bukan berpunca dari software, tapi dari hardware Laptop (aku tanya owner bila last format windows, dia cakap baru bulan lepas hantar format)..


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan servis Ram dan slot Ram laptop.Bila aku pasang balik, masalah masih sama.jadi aku suspek Ram asal laptop dah faulty/fail.
Penggantian Ram baru dilakukan pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



Read more

Minggu, 18 September 2016

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4715Z MASALAH BSOD RESTART HANG DAN OVERHEATING

,

MASALAH

Laptop ACER ASPIRE 4715Z ini problem dia, masalah overheating , selalu hang dan selalu kena windows BSOD,bila laptop buat kerja lebih sikit macam install software atau kadang-kadang  windows loading boleh hang dan restart .

Dari kes ini, aku dapati masalah berpunca dari sistem kipas laptop yang tak berfungsi telah menyebabkan pengaliran udara tiada untuk mengeluarkan kepanasan dari heatsink dan didapati 1 Ram laptop telah rosak (laptop ni ada 2 keping Ram).

Jadi aku tukar kipas baru dan cuci semua habuk yang terkumpul, dan ram yang rosak dikeluarkan dan hanya 1 Ram asal yang ok digunakan.







Jika berminat nak baiki laptop boleh hubungi hafizam di 0122411959
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger