Tampilkan postingan dengan label bateri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bateri. Tampilkan semua postingan

Minggu, 11 September 2016

TIPS DIY SERTA BAIK PULIH BATERI CMOS UNTUK LAPTOP NETBOOK ULTRABOOK

,
Masalah bateri CMOS atau nama panjangnya (Complementary Metal Oxide Semiconductor) yang hilang charge atau kong sering terjadi pada PC atau Laptop lama, biasanya masalah ini terjadi pada Komputer yang berusia 3 tahun keatas.

Bateri ini juga dipanggil sebagai bateri RTC.

Kesan yang  biasanya  terjadi pada sistem Komputer akibat masalah tersebut adalah masa dan tarikh sistem paparan serta BIOS komputer ter reset pada nilai yang tidak tepat dari masa dan tarikh sebenar, ini berlaku apabila bekalan kuasa Komputer di matikan.

Masalah ini tetap akan terjadi, walaupun kemudian korang perbetulkan beberapa banyak kali pun ia akan lari semula seperti yang aku jelaskan tadi.

Selain itu, untuk sesetengah model Laptop atau PC,terjadi  masalah untuk komputer Power-On disebabkan masalah bateri CMOS. Ataupun masalah error masa POST BIOS.
Jika masalah ini terjadi, penyelesaian yang  betul adalah dengan menukar bateri CMOS yang baru.Untuk menukar bateri CMOS baru pada motherboard PC adalah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi untuk tukar bateri CMOS baru pada Laptop agak sukar.Jika korang bawa ke kedai, caj untuk menukar bateri CMOS baru untuk Laptop adalah antara RM30.00 atau RM50.00. Ini bukan sekadar harga bateri itu tapi charge untuk buka cover housing Laptop.

Ini kerana, sesetengah Laptop, akses pada bateri CMOS kadang kala terletak di bawah motherboard yang untuk mencapainya perlu buka keseluruhan Housing Laptop.

Harga bateri CMOS kecil yang belum ada wayar penyambung ini cuma RM5.00 boleh dibeli di kedai hardware atau jam. Biasa jenis jenis CMOS bateri yang digunakan adalah CR 2032.
Tapi ada juga yang model laptop yang guna saiz yang berlainan  dari  CR 2032  untuk itu sila lihat kod pada bateri asal itu.Tapi kebiasaanya bateri-bateri ini mempunyai voltan 3v
Ok, aku ada sebut yang harga bateri CMOS CR2032 baru hanya berharga rm5.Tapi korang akan dapat hanya bateri cahaja, tanpa wayar penyambung, kalau korang cari yang baru, harga biasa tak termasuk pasang rm25. Lihat Sini

Bagaimana nak menyambung wayar sambungan pada bateri CMOS CR2032 baru, korang perlu faham, permukaan   bateri CMOS CR2032 adalah di perbuat dari logam nikel. 

Permukaan nikel susah untuk di pateri dengan timah solder biasa.Dan  bateri CMOS CR2032 ini tak boleh terlalu panas kerana Lithium mudah meletup jika terlalu panas.

Jika korang salotep atau gam kan, boleh juga, tapi sambungan wayar hanya sekejap, apabila suhu didalam housing Laptop panas, sambungan bateri menjadi longgar.Dan masalah masa/tarikh akan terjadi lagi.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk sambung bateri CMOS CR2032 adalah:
  1. Solder Iron dengan Timah - RM10.00 - RM30.00
  2. Gunting - RM1.00 - RM3.00
  3. Bateri CMOS CR2032  - RM5.00
  4. Tape Aluminium atau Cooper Tape - RM1.00 - RM3.00
  5. Salotape - RM1.00
DIY ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Aku telah mencuba dan berkesan, tiada masalah. Apabila selesai tukar bateri baru, cuba ukur voltan menggunakan multimeter, dapatkan bacaan 3v pada bateri CMOS baru sebelum pasang ke Motherboard.

 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Read more

Rabu, 06 Juli 2016

MITOS KEBURUKKAN GUNA LAPTOP TANPA BATERI

,

THE MYTH (MITOS/DONGENG):
Di internet atau daripada penjual Laptop kita akan biasa mendengar pendapat atau diberitahu mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri.

Kita di beritahu penggunaan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Kita juga diberitahu, penyebab hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Kita juga diterangkan, selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Kita juga diberitahu, dengan adanya bateri pada laptop dapat menghindarkan litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, yang ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop korang. Kita juga diberitahu, adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.(Mitos ini aku copy-paste dari Forum http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=354076)


THE TRUTH (KEBENARAN):
Salam, sebenarnya pernyataan ini hanya betul untuk penjagaan bateri laptop yang menggunakan bateri Litium Ion serta penjagaan Hardisk serta data-data penting didalamnya.

Untuk perlindungan litar pintas, itu tak betul, kerana arus dari power adapter charger akan melalui motherboard terlebih dahulu, baru kebahagian charging BATERI laptop, jadi jika berlaku litar pintas dari soket outlet AC biasanya akan melalui adapter dulu serta merosakkan adapter charger dulu, dan jika arus LITAR PINTAS itu terlampau tinggi baru ianya merosakkan motherboard (BIASANYA BAHAGIAN LITAR POWER).

Jadi, jika pakai Laptop tanpa bateri, hanya guna adapter charger, tidak menjadi masalah.Adapter adalah pembekal voltage pada motherboard laptop, dan di adapter, sudah ada circuit protection untuk mengelak lebihan arus serta voltage yang dibekalkan telah distabilkan untuk kegunaan laptop.

Bateri sebenarnya hanya, sebagai  sumber kuasa Secondary untuk laptop jika kita hendak portable atau jika tiada bekalan kuasa AC yang berdekatan dengan laptop.

Dan adapter charger adalah sumber kuasa utama (Primary) bagi laptop yang menukarkan 240 AC dari soket outlet ke sumber kuasa DC (15v-20v) pada laptop.Baca di post ini mengenai adapter charger http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/12/tips-memilih-ac-adapter-charger-laptop.html

Kenapa aku cakap, mitos tersebut betul untuk menjaga bateri Laptop?.Kebanyakkan tips yang kita tahu tentang penjagaan bateri laptop datangnya dari semasa laptop masih mengguna kan bateri NiCd.

Kalau dulu kebanyakkan laptop keluaran tahun 2002 ke bawah biasanya mengunakan bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini perangainya kena fully discharge selepas digunakan sekurang-kurangnya 30 cycle charging atau 1bulan sekali, jika tidak bateri tak boleh simpan 100% charge, masalah ini di panggil memori efek .

Tapi sekarang, semua laptop guna teknologi bateri LiOn (Lithium Ion) yang lebih bagus dari bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini tak perlu untuk full discharge sampai 0v, tapi sebaliknya bateri ini perlu dicharge dengan lebih kerap, kerana bateri LiOn boleh rosak jika ianya disimpan tanpa ada sekurang-kurangnya 40% charge didalamnya.


Boleh baca di post ini, untuk penambahan ilmu tentang bateri LiOn http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/06/betul-ke-tips-bateri-lebih-tahan-lama.html

Jadi, pernyataan laptop lebih tahan lama jika guna bateri + adapter charger adalah betul hanya untuk penjagaan bateri serta untuk penjagaan HDD bagi laptop yang menggunakan bateri Litium ion .

Guna charger serta bateri di laptop juga adalah menyamai sistem sistem UPS di komputer, untuk korang save kan segala kerja yang dibuat jika tiba-tiba ada masalah power break down di office atau dirumah.

Laptop sekarang, sistem chargingnya akan cut off charging bateri, sekiranya bateri telah penuh dan akan hanya guna power dari adapter sahaja.

Tapi, perlu diingat mana-mana bateri juga ada lifecycle serta akan mengalami oxidation dan akan perlu ditukar apabila sudah dipakai sekian lama.Bateri yang disimpan lama juga akan rosak walaupun tidak digunakan, kerana bahan kimia didalam bateri akan mengalami oxidation atau corrosion dari masa ke masa.

SUMBER:
Read more

Minggu, 21 Februari 2016

BAIKI MASALAH TIME DATE KOMPUTER LARI SETTING WALAUPUN BATERI CMOS SUDAH DITUKAR BARU

,
Kebiasaannya jika korang terkena masalah yang disebutkan ini , penyebab utama ialah disebabkan bateri CMOS / RTC dah weak atau flate(kong), perlu ditukar.

Ada juga masalah ini berlaku disebabkan setting time zone dekat windows tertukar kepada time zone gmt + negara lain.Sepatutnya time zone (GMT + 08) Kuala Lumpur, Singapore.

Bateri  CMOS / RTC ini biasanya mempunyai voltan dalam 3v.Jika bateri dah flat / kong  biasanya reading test bateri ini dalam 1- 0.5v.Dan bateri cmos/rtc ini bukan jenis rechargeable dan jenis pakai buang.

  1. Cuba check balik time zone windows korang.Contoh cara set time zone
  2. Cuba check time/tarikh komputer di bios.Contoh disini
  3. Cuba check bateri cmos/rtc motherboard guna multimeter (sepatut nya dapat 2v-3v) jka dapat reading kurang, bateri perlu ditukar.
Tapi, macamana jika, masih jadi lagi masalah masa/tarikh lari kat Komputer walaupun lepas tukar bateri  CMOS / RTC baru (patut bateri baru ada bacaan 3.0v) atau setting time zone dah betul?

TIPS BAIKI MASALAH JAM WINDOWS WALAUPUN BATERI CMOS/RTC DAH TUKAR DENGAN YANG BARU.

Cuba korang servis contact housing holder(pemegang) bateri cmos tu.Kadang-kadang bila dah lama dia oxidation/kotor, menyebabkan voltage dari bateri baru tiada ke motherboard.

Caranya dengan cari contact cleaner ,sembur holder tu atau guna alcohol pencuci head dvd tu, guna berus gosok kat contact holder tu .

Atau boleh juga guna solder iron, solder kat bahagian contact pemegang/holder tu supaya point contact tu tebal sikit untuk permukaan bateri betul-betul sentuh pada contact (buat kat 2-2 point +ve atau -ve).Tips ini boleh digunakan pada motherboard Laptop atau PC yang guna bateri holder. Harap membantu
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger