Tampilkan postingan dengan label ultrabook. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ultrabook. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Oktober 2016

MEMILIH ULTRABOOK YANG BAGUS

,
Sekarang tengah hot pasal ULTRABOOK, apa jenisnya ultrabook ni,
Apa itu Ultrabook?kalau ada yang masih tak tau lagi, Ultrabook adalah notebook higher-end  yang mempunyai berat yang ringan  (rata-rata dalam 1.4Kg), body housing yang nipis serta penggunaan bateri yang mencapai 8jam  (biasanya hanya dapat dalam 7 jam sahaja).
Ultrabook juga menggunakan Intel processor + intel intregrated grafik serta menggunakan  solid-state drives (SSD) untuk kelajuan. 
Sehingga kini, model Ultrabook yang telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah dari Acer, Asus, Lenovo dan Toshiba.
Ciri-ciri notebook yang boleh diketegorikan sebagai ultrabook.
    1. Nipis- Tebal keseluruhan mestilah kurang dari 20 mm (0.8 inci)
    2. Ringan- Berat keseluruhan kurang dari 1.4 kg (3.1 pounds)
    3. Jangka hayat bateri- Melebihi 4 jam.
    4. Tiada DVD Player
    5. Berkemampuan menggunakan SSD
    6. Menggunakan Consumer Ultra-Low Voltage (17 W) processor.
    7. Menggunakan Intel graphics
    8. Berkemampuan untuk menyingkatkan waktu loading/booting

Baru-baru ni aku telah survey beberapa Brand dan model Ultrabook yang ada dipasaran.jadi aku sempat godek-godek model-model dibawah ni.

ACER ASPIRE S3 (RM2599)








Acer Aspire S3 Specs :
  • Processor : 1.6GHz Intel Core i5 2467M- choice of Core i3, i5 and i7 processors 
  • Memory : 4GB, 1,333MHz DDR3
  • Hard drive : 20GB SSD / 320GB 5,400rpm
  • Chipset : Intel UM67
  • Graphics : Intel HD3000
  • Display : 13.3 inch  (1366 x 768) display 
  • Operating system : Windows 7 Home Premium (64-bit)
BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:  Biasa (kadang-kadang Video Laging)

AUDIO SOUND: Biasa

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL: Bagus

USB PORT: 2 usb port (usb 2.0) dan tiada usb 3.0

UPGRADEABLE:  Senang untuk upgrade dari segi hardware SSD.
Ram dan processor tak boleh upgrade sebab telah di solder di Motherboard, jadi korang hanya dapat guna hanya 4gb sahaja serta tak boleh upgrade dari i5 ke i7.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Hardware seperti HDD yang ditawar oleh ACER agak tinggi dari Brand lain.


HP FOLIO 13-1001TU (RM 2999.00)










HP Folio 13 Specification:
  • CPU Processor: Intel Core i5 2467M Processor Speed: 1400 Mhz
  • RAM: 4096 MB DDR3 SDRAM
  • HDD:SDD: 128GB mSATA SSD
  • Screen Size: 13.3 inch Resolution: 1366 x 768
  • Screen Type: LED-Backlit LCD
  • GPU: Intel HD Graphics 3000
  • GPU RAM: 128MB (Dedicated)
  • HDMI Ports: 1
  • USB Ports: USB 2.0 / USB 3.0
  • WiFi: Yes
  • Bluetooth: No
  • Mobile Internet: No Wireless WAN ( 3G cellular)
  • Keyboard: Backlit
  • Card Reader: Multi-format card reader
  • Webcam: HP TrueVision HD Webcam
  • Battery Life: Up to 9 hours
  • Bettery Type: Standard with 6 cells
  • Size (w/h/d inches) : 12.5/8.7/0.7
  • Weight: 1490 gm/ 52.6 oz
  • Note: Also available with Intel Core i5 CPU at 1.6GHz and expandable RAM up to 8GB

BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Sangat bagus

AUDIO SOUND: Sangat bagus

RESPONSIVE: Keyboard dan touchpad agak bagus

WIFI SIGNAL: Sangat bagus

USB PORT: 2 Usb port ( USB 2.0 / USB 3.0)

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia. Ram boleh di upgrade sampai 8gb

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Hardware yang ditawarkan oleh HP sama dengan brand lain.

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri HP Folio adalah paling lama antara semua Ultrabook (7 jam)

http://www.mobile88.com.sg/news/read.asp?file=/2012/3/8/20120308154606&phone=HP_Folio_13_review_ultrabook

http://laptop-keyboard.over-blog.com/article-hp-folio-13-review-96118432.html

http://www.theverge.com/2012/1/3/2677280/hp-folio-13-review

ASUS ZEN BOOK (RM3290)















BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Biasa (kadang-kadang Video Laging)

AUDIO SOUND: Biasa (agak slow bagi aku)

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL:  Biasa

USB PORT: 2 Usb port 

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia.Processor boleh upgrade kerana pakai soket.Ram tak dapat nak upgrade sebab jenis solder dekat motherboard.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Bagus

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri Asus Zen


http://gadgetholic.net/asus-ux31-ultrabook-review-and-disassembly.html
http://www.ski-epic.com/2012_asus_zenbook_ux31_disassembly_teardown/index.html

TOSHIBA Z830 (RM3999)







BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Bagus

AUDIO SOUND: Biasa (agak slow bagi aku)

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL: Bagus

USB PORT: 3 Usb port  

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia.Processor boleh upgrade kerana pakai soket.Ram boleh upgrade sebab 1 slot dekat motherboard.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Bagus

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri Tosiba Z830

http://www.misco.co.uk/Product/Q520654/HP-Folio-13-Ultrabook-PC-Intel-Core-i5-2467M-13-3inch-LED-4GB-128GB-Windows-7-Pro-Laptop



CONCLUSION

Pada pendapat aku la, jika korang nak beli ultrabook, untuk ketegori value untuk duit korang, boleh pilih ACER ASPIRE S3 kerana paling murah. serta SSD diberi paling besar antara semua Ultrabook iaitu 320gb serta 20gb SSD (ini adalah hybrid HDD) tapi agak slow dari SSD yang sebenar.
ACER ASPIRE S3 juga tiada (usb 3.0), bermakana high speed transfer ke external HDD (usb 3.0) hanya berkelajuan (usb 2.0)

Tapi jika untuk multi purpose ultrabook seperti tengok movie, dengar lagu, buat kerja office,serta kerja-kerja lain  dan senang untuk upgrade pada masa akan datang pada pendapat aku HP FOLIO 13 adalah yang terbaik untuk kategori value for money untuk Ultrabook.

Tapi, nasihat aku, jika korang nak beli laptop baru, pergi survey sendiri dan cuba sendiri model dan brand Laptop idaman korang.Jangan percaya 100% review serta pandangan salesman. Sila kaji dulu model yang korang minati di internet serta test sendiri pada Demo Laptop.

Gunakan test demo Laptop yang ada di kedai komputer tu untuk lihat semua aspek Laptop yang korang nak beli tu.Jangan sampai menyesal bila dah beli nanti jika korang ada tak puas hati mengenai Laptop yang dibeli tu.












Read more

Minggu, 11 September 2016

TIPS DIY SERTA BAIK PULIH BATERI CMOS UNTUK LAPTOP NETBOOK ULTRABOOK

,
Masalah bateri CMOS atau nama panjangnya (Complementary Metal Oxide Semiconductor) yang hilang charge atau kong sering terjadi pada PC atau Laptop lama, biasanya masalah ini terjadi pada Komputer yang berusia 3 tahun keatas.

Bateri ini juga dipanggil sebagai bateri RTC.

Kesan yang  biasanya  terjadi pada sistem Komputer akibat masalah tersebut adalah masa dan tarikh sistem paparan serta BIOS komputer ter reset pada nilai yang tidak tepat dari masa dan tarikh sebenar, ini berlaku apabila bekalan kuasa Komputer di matikan.

Masalah ini tetap akan terjadi, walaupun kemudian korang perbetulkan beberapa banyak kali pun ia akan lari semula seperti yang aku jelaskan tadi.

Selain itu, untuk sesetengah model Laptop atau PC,terjadi  masalah untuk komputer Power-On disebabkan masalah bateri CMOS. Ataupun masalah error masa POST BIOS.
Jika masalah ini terjadi, penyelesaian yang  betul adalah dengan menukar bateri CMOS yang baru.Untuk menukar bateri CMOS baru pada motherboard PC adalah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi untuk tukar bateri CMOS baru pada Laptop agak sukar.Jika korang bawa ke kedai, caj untuk menukar bateri CMOS baru untuk Laptop adalah antara RM30.00 atau RM50.00. Ini bukan sekadar harga bateri itu tapi charge untuk buka cover housing Laptop.

Ini kerana, sesetengah Laptop, akses pada bateri CMOS kadang kala terletak di bawah motherboard yang untuk mencapainya perlu buka keseluruhan Housing Laptop.

Harga bateri CMOS kecil yang belum ada wayar penyambung ini cuma RM5.00 boleh dibeli di kedai hardware atau jam. Biasa jenis jenis CMOS bateri yang digunakan adalah CR 2032.
Tapi ada juga yang model laptop yang guna saiz yang berlainan  dari  CR 2032  untuk itu sila lihat kod pada bateri asal itu.Tapi kebiasaanya bateri-bateri ini mempunyai voltan 3v
Ok, aku ada sebut yang harga bateri CMOS CR2032 baru hanya berharga rm5.Tapi korang akan dapat hanya bateri cahaja, tanpa wayar penyambung, kalau korang cari yang baru, harga biasa tak termasuk pasang rm25. Lihat Sini

Bagaimana nak menyambung wayar sambungan pada bateri CMOS CR2032 baru, korang perlu faham, permukaan   bateri CMOS CR2032 adalah di perbuat dari logam nikel. 

Permukaan nikel susah untuk di pateri dengan timah solder biasa.Dan  bateri CMOS CR2032 ini tak boleh terlalu panas kerana Lithium mudah meletup jika terlalu panas.

Jika korang salotep atau gam kan, boleh juga, tapi sambungan wayar hanya sekejap, apabila suhu didalam housing Laptop panas, sambungan bateri menjadi longgar.Dan masalah masa/tarikh akan terjadi lagi.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk sambung bateri CMOS CR2032 adalah:
  1. Solder Iron dengan Timah - RM10.00 - RM30.00
  2. Gunting - RM1.00 - RM3.00
  3. Bateri CMOS CR2032  - RM5.00
  4. Tape Aluminium atau Cooper Tape - RM1.00 - RM3.00
  5. Salotape - RM1.00
DIY ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Aku telah mencuba dan berkesan, tiada masalah. Apabila selesai tukar bateri baru, cuba ukur voltan menggunakan multimeter, dapatkan bacaan 3v pada bateri CMOS baru sebelum pasang ke Motherboard.

 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger