Tampilkan postingan dengan label travelmate. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label travelmate. Tampilkan semua postingan

Selasa, 06 Desember 2016

KERJA BAIKPULIH HOUSING PENUTUP HINGES LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 YANG PATAH SERTA UPGRADE

,

MASALAH


Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150  ini adalah Hinges patah serta cover penutup hinges telah patah.
Owner juga mengalami masalah external Harddisk corrupted. Bateri Laptop juga sudah kong (flat) dan perlu diganti dengan yang baru.


Dan owner  juga mahu Upgrade Laptop pada tahap maximum performance. 



KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kanan  telah patah.
  2. Housing(casing) penutup hinges laptop di 1 tempat telah patah.
  3. Bateri kong.
  4. External HDD data telah corrupt dan tak dapat di akses
  5. Windows Laptop diserang virus menyebabkan sistem jadi slow dan lagging.


BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150 ni berjaya diselesaikan dengan pengantian parts baru serta dengan Ram  yang diupgradekan ke maximum Laptop boleh support.


Housing(casing) penutup hinges laptop yang telah patah  tu telah aku baik pulih dengan mengambil  plastic dari botol deodorant yang telah kosong dan dibentuk menyemai keadaan housing yang asal.

Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik serta normal.

Read more

Kamis, 06 Oktober 2016

KERJA KERJA BAIKPULIH LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 50 ROSAK

,

Laptop Acer travelmate 4150 ni kakak aku punya.Dia minta tolong aku repair balik laptop ni sebab dah  rosak teruk dimain oleh anak-anak dia(dia sayang sangat kat laptop ni).Bagi aku laptop ini antara laptop acer yang paling tahan kerana sudah berusia 6 tahun tapi masih terus hidup tanpa masalah kerosakkan yang teruk misalnya membabitkan motherboard (laptop ni aku yang tolong belikan pada tahun 2005 untuk kakak masa tu harga laptop ni rm2600 kalau tak silap aku).

KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kiri dan kanan (sepasang) telah patah.
  2. Butang mousepad dah longar(goyang) 
  3. Wifi antenna kabel(wayar) hampir putus 
  4. Keypad Laptop hilang beberapa key kerana dicungkil.
  5. Housing(casing) laptop di beberapa tempat patah.
  6. 1 usb port patah didalam kerana di cungkil.
  7. Lcd keluar defect berbelang di paparan kerana laptop telah di pijak (oleh anak kakak).

 


  

PEMBAIKKAN 
Pembaikkan dijalankan dari Laptop sparepart (laptop rosak motherboard & LCD) yang aku beli (harga boleh tahanla untuk repair laptop lama ni TAPI AGAK BERBALOI DARI BELI PART BY PART yang dijual dikedai atau penjual di internet).









SEBELUM & SELEPAS LAPTOP DIBAIKPULIH



*Laptop telah dibaiki (kipas &Air ventilation juga telah cuci).


Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger