Tampilkan postingan dengan label off. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label off. Tampilkan semua postingan

Jumat, 19 Agustus 2016

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4920 ON OFF SUIS RIBEN KOYAK SERTA COVER HOUSING PATAH

,




MASALAH
Masalah laptop ni adalah, RIBEN suis power untuk ON/OFF Laptop koyak kerana owner cuba untuk buka housing Laptop.Penutup atas dimana suis power laptop terletak juga patah disebabkan percubaan buka housing/casing laptop yang gagal. Apabila housing Laptop tak boleh di buka, menyebabkan kejadian ini terjadi dan Laptop tidak dapat dihidupkan balik.Owner laptop ni dah try cari riben ganti untuk laptop tapi tak berjaya (Ada model-model laptop yang tertentu(biasanya model yang jarang rosak) spareparts memang susah cari dan kalau ada pun mahal harganya).

Jadi nasihat aku, jika korang nak buka Housing laptop sila berhati-hati dan teliti dan kalau boleh cari bagaimana cara nak buka laptop korang (download  manual cara buka).Jika tak berani sila minta tolong kawan/kedai  yang biasa buka dan tau macamana nak buka laptop.ok



BAIK PULIH SIAP:

 







Read more

Selasa, 10 Mei 2016

BAIKPULIH DELL INSPIRON N4030 TAK BOLEH POWER ON ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

,
MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4030 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Mula-mula owner, telah hantar pada beberapa kedai, tapi dia tidak setuju dengan harga yang di minta oleh kedai-kedai tersebut  yang menurutnya terlalu tinggi seperti harga tukar motherboard laptop baru.Jadi cuba cari tempat repair di internet dan terjumpa blog ini.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link ini.

TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 
  3. Bahagian Komponen Power blok(bahagian) litar pembahagi kuasa  perlu di buka & di periksa satu per satu untuk mencari punca kerosakan ini.
SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Read more

Senin, 09 Mei 2016

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4736G BERMASALAH POWER OFF SENDIRI MASA LOADING WINDOWS

,
MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4736G ni adalah, power Off sendiri semasa loading Windows, tapi jika buka BIOS masalah tu tiada.


Mula-mula, aku ingatkan, masalah overheating pada sistem HSF Laptop ni, jadi aku pun buat senggaraan cuci/servis kipas heatsink (HSF) Laptop.


Tapi masalah masih sama berulang, jadi aku suspek masalah adalah dari komponen motherboard laptop yang faulty atau fail.


 SOLUTION
Jadi aku pun buat checking pada komponen di motherboard, didapati 1 komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail. 


Komponen elektronik yang fail ini terpaksa ditukar dengan yang baru selepas usaha untuk membaikinya gagal.

Masalah pada laptop telah tiada.Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger