Tampilkan postingan dengan label baiki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label baiki. Tampilkan semua postingan

Jumat, 18 November 2016

BAIKI ACER ASPIRE 4630Z TAK BOLEH POWER ON

,
MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4630Z ni adalah, akan power OFF  sendiri setiap kali owner (ON ) laptop. 


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan servis Motherboard laptop.Masalah Laptop dapat diselesaikan dan laptop dapat Power ON seperti biasa.

Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read more

Senin, 17 Oktober 2016

BAIKI MASALAH TOSHIBA SATELLITE L200 TAK BOLEH POWER ON GUNA CHARGER

,
MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE L200 ni adalah,sama dengan masalah yang dialami Laptop Toshiba M200/L300.


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan tukar komponen faulty yang menyebabkan masalah Laptop terjadi.Perlu diingatkan, kalau salah cara semasa kerja resolder (rework) komponen faulty tu dilakukan boleh menyebabkan motherboard Laptop rosak dan akan bermasalah untuk power ON.


Penggantian Komponen elektronik baru dilakukan pada motherboard laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Laptop ini juga mengalami masalah speaker pecah (kertas diaphragm speaker dah reput), jadi baik pulih dilakukan pada speaker Laptop.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read more

Selasa, 26 April 2016

BAIKI COMPAQ PRESARIO C700 TIADA POWER DAN TAK BOLEH POWER ON

,

MASALAH

Masalah laptop COMPAQ PRESARIO C700 ni adalah, tak boleh power (ON ) laptop.Kawasan soket power jack juga tiada led biru  menyala yang menunjukkan ada voltage membekalkan power pada laptop .

SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan check motherboard laptop.Laptop charger telah di check dan berada dalam keadaan baik (18.5V/3.45A).


Kabel conector power juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik.Tapi bila diukur pada bahagian I.C mosfet PQ2 Motherboard tiada voltage dibahagian itu.

Penggantian komponen power IC yang membekalkan voltage pada PQ2 mosfet dilakukan  pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/HAFIZAM


Read more

Minggu, 21 Februari 2016

BAIKI MASALAH TIME DATE KOMPUTER LARI SETTING WALAUPUN BATERI CMOS SUDAH DITUKAR BARU

,
Kebiasaannya jika korang terkena masalah yang disebutkan ini , penyebab utama ialah disebabkan bateri CMOS / RTC dah weak atau flate(kong), perlu ditukar.

Ada juga masalah ini berlaku disebabkan setting time zone dekat windows tertukar kepada time zone gmt + negara lain.Sepatutnya time zone (GMT + 08) Kuala Lumpur, Singapore.

Bateri  CMOS / RTC ini biasanya mempunyai voltan dalam 3v.Jika bateri dah flat / kong  biasanya reading test bateri ini dalam 1- 0.5v.Dan bateri cmos/rtc ini bukan jenis rechargeable dan jenis pakai buang.

  1. Cuba check balik time zone windows korang.Contoh cara set time zone
  2. Cuba check time/tarikh komputer di bios.Contoh disini
  3. Cuba check bateri cmos/rtc motherboard guna multimeter (sepatut nya dapat 2v-3v) jka dapat reading kurang, bateri perlu ditukar.
Tapi, macamana jika, masih jadi lagi masalah masa/tarikh lari kat Komputer walaupun lepas tukar bateri  CMOS / RTC baru (patut bateri baru ada bacaan 3.0v) atau setting time zone dah betul?

TIPS BAIKI MASALAH JAM WINDOWS WALAUPUN BATERI CMOS/RTC DAH TUKAR DENGAN YANG BARU.

Cuba korang servis contact housing holder(pemegang) bateri cmos tu.Kadang-kadang bila dah lama dia oxidation/kotor, menyebabkan voltage dari bateri baru tiada ke motherboard.

Caranya dengan cari contact cleaner ,sembur holder tu atau guna alcohol pencuci head dvd tu, guna berus gosok kat contact holder tu .

Atau boleh juga guna solder iron, solder kat bahagian contact pemegang/holder tu supaya point contact tu tebal sikit untuk permukaan bateri betul-betul sentuh pada contact (buat kat 2-2 point +ve atau -ve).Tips ini boleh digunakan pada motherboard Laptop atau PC yang guna bateri holder. Harap membantu
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger