Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Oktober 2016

BAIKI MASALAH TOSHIBA SATELLITE L200 TAK BOLEH POWER ON GUNA CHARGER

,
MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE L200 ni adalah,sama dengan masalah yang dialami Laptop Toshiba M200/L300.


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan tukar komponen faulty yang menyebabkan masalah Laptop terjadi.Perlu diingatkan, kalau salah cara semasa kerja resolder (rework) komponen faulty tu dilakukan boleh menyebabkan motherboard Laptop rosak dan akan bermasalah untuk power ON.


Penggantian Komponen elektronik baru dilakukan pada motherboard laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Laptop ini juga mengalami masalah speaker pecah (kertas diaphragm speaker dah reput), jadi baik pulih dilakukan pada speaker Laptop.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Read more

Rabu, 06 Juli 2016

MITOS KEBURUKKAN GUNA LAPTOP TANPA BATERI

,

THE MYTH (MITOS/DONGENG):
Di internet atau daripada penjual Laptop kita akan biasa mendengar pendapat atau diberitahu mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri.

Kita di beritahu penggunaan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Kita juga diberitahu, penyebab hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Kita juga diterangkan, selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Kita juga diberitahu, dengan adanya bateri pada laptop dapat menghindarkan litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, yang ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop korang. Kita juga diberitahu, adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.(Mitos ini aku copy-paste dari Forum http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=354076)


THE TRUTH (KEBENARAN):
Salam, sebenarnya pernyataan ini hanya betul untuk penjagaan bateri laptop yang menggunakan bateri Litium Ion serta penjagaan Hardisk serta data-data penting didalamnya.

Untuk perlindungan litar pintas, itu tak betul, kerana arus dari power adapter charger akan melalui motherboard terlebih dahulu, baru kebahagian charging BATERI laptop, jadi jika berlaku litar pintas dari soket outlet AC biasanya akan melalui adapter dulu serta merosakkan adapter charger dulu, dan jika arus LITAR PINTAS itu terlampau tinggi baru ianya merosakkan motherboard (BIASANYA BAHAGIAN LITAR POWER).

Jadi, jika pakai Laptop tanpa bateri, hanya guna adapter charger, tidak menjadi masalah.Adapter adalah pembekal voltage pada motherboard laptop, dan di adapter, sudah ada circuit protection untuk mengelak lebihan arus serta voltage yang dibekalkan telah distabilkan untuk kegunaan laptop.

Bateri sebenarnya hanya, sebagai  sumber kuasa Secondary untuk laptop jika kita hendak portable atau jika tiada bekalan kuasa AC yang berdekatan dengan laptop.

Dan adapter charger adalah sumber kuasa utama (Primary) bagi laptop yang menukarkan 240 AC dari soket outlet ke sumber kuasa DC (15v-20v) pada laptop.Baca di post ini mengenai adapter charger http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/12/tips-memilih-ac-adapter-charger-laptop.html

Kenapa aku cakap, mitos tersebut betul untuk menjaga bateri Laptop?.Kebanyakkan tips yang kita tahu tentang penjagaan bateri laptop datangnya dari semasa laptop masih mengguna kan bateri NiCd.

Kalau dulu kebanyakkan laptop keluaran tahun 2002 ke bawah biasanya mengunakan bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini perangainya kena fully discharge selepas digunakan sekurang-kurangnya 30 cycle charging atau 1bulan sekali, jika tidak bateri tak boleh simpan 100% charge, masalah ini di panggil memori efek .

Tapi sekarang, semua laptop guna teknologi bateri LiOn (Lithium Ion) yang lebih bagus dari bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini tak perlu untuk full discharge sampai 0v, tapi sebaliknya bateri ini perlu dicharge dengan lebih kerap, kerana bateri LiOn boleh rosak jika ianya disimpan tanpa ada sekurang-kurangnya 40% charge didalamnya.


Boleh baca di post ini, untuk penambahan ilmu tentang bateri LiOn http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/06/betul-ke-tips-bateri-lebih-tahan-lama.html

Jadi, pernyataan laptop lebih tahan lama jika guna bateri + adapter charger adalah betul hanya untuk penjagaan bateri serta untuk penjagaan HDD bagi laptop yang menggunakan bateri Litium ion .

Guna charger serta bateri di laptop juga adalah menyamai sistem sistem UPS di komputer, untuk korang save kan segala kerja yang dibuat jika tiba-tiba ada masalah power break down di office atau dirumah.

Laptop sekarang, sistem chargingnya akan cut off charging bateri, sekiranya bateri telah penuh dan akan hanya guna power dari adapter sahaja.

Tapi, perlu diingat mana-mana bateri juga ada lifecycle serta akan mengalami oxidation dan akan perlu ditukar apabila sudah dipakai sekian lama.Bateri yang disimpan lama juga akan rosak walaupun tidak digunakan, kerana bahan kimia didalam bateri akan mengalami oxidation atau corrosion dari masa ke masa.

SUMBER:
Read more

Selasa, 14 Juni 2016

TIPS UNTUK KESAN KAWAN SERUMAH GUNA TORRENTS DALAM NETWORK

,

Aku nak tanya sikit kat pembaca blog aku, korang suka download tak?.Tak kisah la movie ke, software ke, anime ke, yang tut-tut tu ke.Suka tak?.Aku rasa kebanyakkan semua orang  suka downloadkan.Ok, nak download banyak-banyak tak jadi masalah atau kesalahan.

Tapi bagaimana line internet yang digunakan itu dishare dan dikongsi beramai-ramai.Contohnya kat rumah sewa, ofis?.Yang ini boleh menjadi masalah jika ada yang kaki download . Dan biasanya untuk download, ramai yang guna aplikasi torrent, terutamanya untuk download file yang besar.

Ada pembaca blog aku tanya 1 soalan cepu emas, macam ni:

Salam...sya nk tnye...housemate sya suke download....slalu intenet slow sngat....ade x software yg bleh check klu housemate sye tgah download...sye gune roter tp link...

Selalunya apabila guna aplikasi torrent biasanya akan menyebabkan line internet slow dan lembab kepada pengguna yang lain.Sebab aplikasi torrent ini akan guna port yang banyak(  Torrent Consumes Big Bandwidth ) pada line internet untuk sedut dari sumber yang banyak bagi melengkap kan file yang didownload (lagi besar file tu, lagi banyak port yang diguna).Bila dia guna port yang banyak, aplikasi torrent ini, akan sekat pengguna lain dari connect ke internet (ini la antara punca line internet slow) biasanya jadi masalah besar pada pengguna yang lain.

Boleh ke nak Kesan pengguna torrent di dalam talian internet korang?

Boleh, korang guna packet sniffer (ada banyak jenis), antara yang aku rasa ok ialah colasoft packet sniffer.Cuba la korang try.



Step1. Download a free trial and implement it correctly

Step2. Launch a project and start capturing data

Step3. Find BitTorrent Protocol in the “Protocols” Tab




Setp4. Locate BitTorrent Protocol in the “Explorer”
Use the “Locate” function to locate BitTorrent protocol in the “Explorer” to analyze dedicated data.


Step5. Track BitTorrent User in LAN in the “Endpoint” Tab

This is the way how to track the BitTorrent user in our network and who are connected with him. There is a lot more we can see from this tab, such as how much data has been downloaded and uploaded via BitTorrent protocol.



View how many connections have been built in “Matrix”
You’ll be shocked to see how many connections have been built in the “Matrix” Tab. In this case, we can see this user has built more than 1000 connections with other hosts.

Jika korang ada masalah ini dengan Housemate atau Ofismate, cuba tangani dengan baik, kalau tidak mungkin akan bergaduh besar atau bermasam muka ,nasihat aku untuk korang:
  1. Kalau ada housemate yang suka download guna torrent, cuba korang cakap baik-baik, cakap dengan dia kalau nak download boleh tapi sila buat time orng lain dah tidur atau tak guna internet.
  2. Kalau housemate buat tak tau dan tak mengaku, korang cakap la kuat-kuat ugut line internet slow, jadi korang  nak  setup line streamyx baru atau broadband sendiri (mesti diorang takut sebab kos bayar line internet akan bertambah) 
  3. Kalau ada kawan ofis yang suka download guna torrent, cuba korang cakap baik-baik, cakap dengan dia kalau nak download boleh tapi sila buat time bukan ofis hour atau tak guna internet, nasihat dia supaya guna timer.
  4. Kalau boleh jika masalah berlaku dirumah sewa. korang buat 1 signboard tulis (Download Torrent  Hanya Dibenarkan Semasa Pengguna Line Sudah Tidur Atau Tak Guna Line Internet Dan Jika Urgent nak Guna Masa Orang Lain Tengah guna Sila Tanya dahulu), korang tulis besar-besar kalau boleh, gantung dekat ruang tamu.Kalau masih tak faham juga, tak tau la (Kalau aku la, pelangkung je kepala yang tak faham-faham tu)

About BitTorrent
BitTorrent is a peer-to-peer file sharing protocol used for distributing large amounts of data. BitTorrent is one of the most common protocols for transferring large files.

BitTorrent Consumes Big Bandwidth
Based on the working principle of BitTorrent protocol, if somebody is downloading big files with BitTorrent software, it will be a disaster for other users who need bandwidth for business operations as the user will consume large amount of bandwidth, thus causing long time network slowness, intermittence, even disconnections; because meantime the user downloading files from others, others are downloading files from him.

The protocol works when a file provider initially makes his/her file (or group of files) available to the network. This is called a seed and allows others, named peers, to connect and download the file. Each peer that downloads a part of the data makes it available to other peers to download. After the file is successfully downloaded by a peer, many continue to make the data available, becoming additional seeds. This distributed nature of BitTorrent leads to a viral spreading of a file throughout peers. As more peers join the swarm, the likelihood of a successful download increases. Relative to standard Internet hosting, this provides a significant reduction in the original distributor’s hardware and bandwidth resource costs. It also provides redundancy against system problems and reduces dependence on the original distributor.

Sumber:
http://blog.colasoft.com/tag/bittorrent/
Read more

Minggu, 31 Januari 2016

AMARAN LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK PEMILIK LAPTOP YANG GUNA NVIDIA ATI GPU CHIPSET

,










Aku dah lama nak posting mengenai tajuk diatas.Masalahnya takada masa nak cerita.Ini adalah berdasarkan pada pengalaman repair laptop dan pembacaan melalui internetlah.Kalau sesiapa yang baca entri ni tak boleh terima takpa la.Ini dari pendapat aku sahaja.Jika anda memiliki laptop yang pakai Nvidia atau Ati GPU chipset untuk display jadi anda perlu berhati-hati kerana anda akan mengalami masalah Blank Screen (Laptop boleh on/hidup tapi kat display takda keluar apa-apa, guna external monitor pun tak keluar apa).

Cara nak tau laptop anda akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.Wifi adapater tak detect
2.Laptop hang
3.Laptop susah nak hidup(on banyak kali baru boleh)
4.Laptop suka restart (walaupun habuk kat heatsink dalam laptop dah cuci)
5.Semua usb port Laptop tak berfungsi
6.Lcd screen Laptop berbayang

Biasanya masalah ini akan berlaku selepas guna laptop 2 tahun.Tapi kalau nasib tak baik 6 bulan pakai laptop anda akan rosak.Laptop yang biasa aku tau kena efect benda ni (yang aku pernah repairla):

1.Compaq Presario v3000 nvidia Gpu
2.Acer Aspire 4520 nvidia Gpu
3.Compaq Presario F700 nvidia Gpu
4.Hp Pavillion Tx1000 Nvidia Gpu
5.Hp Pavillion tx2500 Ati Gpu
6. Hp pavillion Dv2500 Nvidia Gpu
7.Hp Pavillion 6000 Nvidia gpu
8.Compaq Presario Cq40 Ati Gpu
9.Dell Inspiron 1420 Nvidia Gpu
10.Acer Aspire 4530 Nvidia Gpu

Ini laptop yang keluar model 3 tahun dulula (2008).Yang model sekarang aku tak tau.tapi dengar-dengar nvidia dah tukar dia punya pakaging (cara chip gpu tu dibungkus-benda yang warna hitam kaca kat tengah-tengah chip).Tapi untuk laptop baru yang guna Nvidia atau Ati GPU jika anda rasa panas.Anda perlu untuk modified atau pakai cooling pad (tapi kadang-kadang tak guna juga sebab lubang Air flow dari cooling pad takda untuk setengah-setengah model laptop).Contoh ialah Compaq Presario Cq40:

Belum Modified


Sudah Modified



Masalah pada laptop-laptop tu adalah sebab chip GPU Ati/Nvidia overheat.Benda ni berlaku secara perlahan-lahan.Sebab tu dia ambil masa untuk rosak 2 tahun atau 3 tahun atau 6 bulan pun dah boleh rosak (atas cara pemakain).Overheat ni menyebabkan kaki chipset ni yang menghubungkan kepada motherboard crack.Ada 2 tempat boleh berlaku, kaki bawah atau kaki kat dalam pakaging Gpu chipset.Gpu akan panas bila anda main games, buka movie, buat 3d animator.

Cara nak atasi masalah ini adalah (untuk pemilik laptop yang belum rosak lagila-yang dah rosak kena hanta repairla):
1.Anda kena modified heatsink dan bukaan Air flow (laluan angin) Laptop anda untuk mengurangkan Gpu mengalami overheating.
2.Jangan cuba sekali-kali tweaking GPU untuk main games (ini memang cari nahas, laptop-laptop range rm3000-1500 tak sesuai untuk main games kalau tengok baik-baik spec laptop games (rm7000-9000) dia ada 2 kipas)
3.Kalau anda rasa susah nak buka laptop dan modified heat sink, anda boleh try cuba tweaking stepdown Gpu (kurangkan voltage dan speed).Kena surf internetla macamana nak buat.

Overheat memang problem besar untuk Laptop yang pakai Nvidia & Ati Gpu + Amd Cpu.Jika anda tidak ambil langkah berjaga-jaga.Anda terpaksa menganti Laptop motherboard yang baru kos dalam rm500-rm1k.

Jika anda rasa takboleh buat(tak tau,takpandai) anda boleh contact saya atau technician yang boleh buat benda-benda ini.012-2411959-HAFIZAM
Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger