Tampilkan postingan dengan label bermasalah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bermasalah. Tampilkan semua postingan

Senin, 12 Desember 2016

BAIKPULIH ASUS A42SJ BERMASALAH SCREEN ARTIFAK PECAH PECAH

,
MASALAH NO.1
Masalah Laptop ASUS  A42SJ ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi video skrin mengalami masalah Artifak dan tidak beberapa lama kemudian auto shutdown sendiri jika dibiarkan Power-On dalam masa tidak kurang 10 saat.

Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Processor Intel® Core™ i5-430M Processor (2.26 GHz, Cache 3 MB)
  • Chipset Intel HM55
  • Standard Memory 4 GB (2x 2GB) DDR3 SDRAM PC-8500
  • Max. Memory 8 GB (2 DIMMs)
  • Video Type ATI Mobility Radeon HD 5470 1GB
  • Display Size 14" WXGA LED
  • Display Max. Resolution 1366 x 768
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah video skrin mengalami masalah Artifak ini hanya ada 1 Hardware yang perlu di periksa.Iaitu chipset display ATI Mobility Radeon® HD 5470.

Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipsetATI Mobility Radeon® HD 5470 Graphics yang overheating, kerana aku perasan semasa Laptop Power-On, udara keluar dari ventalation Laptop terlalu panas dari biasa.

Untuk masalah overheat yang pertama kali rosak membaiki dengan cara reflow  atau reball chipset yang rosak akibat masalah overheating boleh digunakan.

Tapi jika Laptop bermasalah sama untuk kali ke-2 atau banyak kali rosak, cara menganti chipset baru yang paling baik, tapi masalah overheat sebenarnya tidak akan selesai juga.Cuma owner perlu membuat servis dan cuci secara tetap sekurangnya 6bulan sekali atau 1 tahun sekali untuk mengelakkan masalah overheat berlaku dengan cepat selepas pembaikkan.

Kebersanan ketiga cara yang aku sarankan tadi adalah bergantung pada nasib dan cara penjagaan owner Laptop. 

MASALAH NO.2
Laptop ASUS  A42SJ  ini juga mengalami masalah mouse pad riben flex koyak, kerana owner cuba untuk baiki sendiri Laptopnya.

Masalah Laptop ASUS  A42SJ  ini dapat di selesaikan dengan me reflow chipset ATI Mobility Radeon® HD 5470

Cara pembaikan reflow ini adalah pilihan dari owner LaptopPengujian chipset juga dilakukan.

Riben mouse pad yang koyak terpaksa diganti baru selepas cubaan membaiki riben asal tidak berjaya.

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah Display pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read more

Kamis, 27 Oktober 2016

BAIKPULIH ASUS EeePC 1005PE BERMASALAH SCREEN MALAP

,
MASALAH
Masalah Netbook ASUS EeePC 1005PE ini, Netbook boleh Power-ON, tetapi skrin terlalu malap dan gelap dengan keluar video.

Masalah ini terjadi walaupun  kedudukan Skrin netbook di ubah-ubah serta netbook di Power-On dan restart banyak kali pun.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Netbook atau Laptop yang  bermasalah sebegini ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Skrin LCD
  2. Riben Kabel LVDS
  3. Motherboard Chipset / I.C

Untuk Netbook ini, Ram aku dah cuci serta servis, LCD skrin aku dah check, Tapi Masalah masih sama.

Dan dari pemeriksaan, didapati Riben Kabel LVDS Netbook ada bahagian yang terputus

Masalah Netbook ASUS EeePC 1005PE ini dapat di selesaikan dengan membaiki Riben Kabel LVDS Netbook yang terputus itu.


Biasanya kos untuk menukar Riben Kabel LVDS baru ini adalah dalam harga antara RM150-200 berdasarkan model dan stock serta kedai yang membaiki .

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah blakscreen pada LCD Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read more

Sabtu, 09 Juli 2016

BAIKPULIH ASUS EeePC 1015B BERMASALAH HANG MASA BIOS POST

,
MASALAH
Masalah netbook ASUS EeePC 1015b ini boleh Power-On.Tapi Hang masa BIOS POST (Power-On Self Test) .

Logo Asus Eee PC tu akan Hang dan netbook ini tak Boot Loading Windows langsung, walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Sistem BIOS menu pun tak dapat masuk walaupun key F2 telah di tekan.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS hang ni, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  yang boleh menyelesaikan masalah BIOS Hang jika cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.


Masalah netbook ASUS EeePC 1015b berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.





Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Read more

Senin, 09 Mei 2016

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4736G BERMASALAH POWER OFF SENDIRI MASA LOADING WINDOWS

,
MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4736G ni adalah, power Off sendiri semasa loading Windows, tapi jika buka BIOS masalah tu tiada.


Mula-mula, aku ingatkan, masalah overheating pada sistem HSF Laptop ni, jadi aku pun buat senggaraan cuci/servis kipas heatsink (HSF) Laptop.


Tapi masalah masih sama berulang, jadi aku suspek masalah adalah dari komponen motherboard laptop yang faulty atau fail.


 SOLUTION
Jadi aku pun buat checking pada komponen di motherboard, didapati 1 komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail. 


Komponen elektronik yang fail ini terpaksa ditukar dengan yang baru selepas usaha untuk membaikinya gagal.

Masalah pada laptop telah tiada.Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Read more

Selasa, 03 Mei 2016

BAIK PULIH HP COMPAQ NX6120 BERMASALAH TAK DETECT HARDISK

,
MASALAH

Masalah laptop HP COMPAQ NX6120 ni adalah kadang-kadang bile ON normal je, kekadang ON  tak detect hardisk pula.
SOLUTION :
Aku suspek masalah kemungkinan berpunca dari  conecter HDD atau hardisk tu sendiri atau kemungkinan masalah yang lebih teruk adalah berpunca dari Southbridge chipset controller intel(jarang berlaku pada chipset intel).

Aku buka cover bawah Laptop ni untuk test hdd Laptop.HDD laptop tu di sambung pada external usb adapter dan aku test pada Komputer lain. Hardisk berkeadaan baik.Jadi bermakna masalah adalah berpunca pada Komponen di Motherboard laptop.

Selepas, diperiksa, didapati conector HDD mempunyai masalah,selesai servis dan baiki conector HDD.
Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci kerana habuk telah banyak menghalang aliran udara kipas.
Administrator Password Windows terpaksa di crack, untuk memeriksa dan menguji device atau hardware laptop supaya berada dalam keadaan baik.
Selain masalah Hardisk, sistem windows juga bermasalah kerana selalu run CHKDSK apabila nak Startup Windows walaupun CHKDSK dah run sebelum ini.
Masalah CHKDSK berulang ini agak menggangu kelancaran startup Windows kerana terpaksa menunggu lama.


Jadi aku nak bagi tips kat korang, macamana nak atasi masalah CHKDSK selalu run masa start Windows.

Start>>run>>regedit>>HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetControlSession Manager >>double click(edit) BootExecute tambah /K:C dibelakang  sebelum tanda *

( /K switch akan disable autocheck pada C: drive masa Windows startup)
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Link:http://www.windowsreference.com/windows-vista/how-to-disable-check-disk-chkdsk-at-startup-in-vista/ 










Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger