Tampilkan postingan dengan label hardisk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hardisk. Tampilkan semua postingan

Selasa, 13 Desember 2016

JOM BELAJAR BACKUP DATA DARI HARDISK LAPTOP BAD SECTOR

,
Ada kawan 1 forum dengan aku ada masalah ini.Dia minta tolong.Bawah ni dia punya post kat forum tu:

Assalamualaikum dan salam seMalaysia...
Masalah saya :: Saya ada 2 hardisk
1) Western Digital 640GB
2) Seagate 500GB


Hardisk WD saya beli pada tahun 2009 manakala Seagate baru 2 minggu lepas.. Hari tu saya pasang hardisk baru tetiba plak hardisk WD ni mcm ada masalah...saya copy file dari Seagate ke WD selalu je lag dan kdg2 failed.. selalu Data error (cyclic redundancy check)..ada gak yg ok tapi tak byk.. Pagi ni tadi saya chek guna hdd regenerator 2011 trial...terdapatlah beberapa tompok Bad Sector... Dalam hdd tu byk software dan video edit saya.. jadi pada korg berbaloikah sy terus guna HDD nih.. kalau tgk pada kerosakan mungkin dalam 100GB/640GB... Kalau dapat repair..Sofware apa yg terbaik nak repair bad sector nih.. Adakah software mcm HDD regenerator nih berfungsi marking dan tampal sector tu supaya data tidak disimpan padanya atau dia membaiki sector terus? Aku syg ngan HDD tuh..huhu Harap2 yg pernah ada pengalaman bagi tau pilihan software yg korg pernah guna...aku tgk HDD Regenerator mcm ok gak..tak adakah ia berkesan atau tak...

Ok.Macamana setuasi kat atas jadi tiba-tiba pada Laptop korang .Windows tak boleh Start/boot,data penting banyak kat dalam laptop.Macamana nak setel masalah ni.








Ok.1st sekali buat cara yang macam gambar yang aku post.Cabut Hardisk Laptop dan guna external HDD converter ke USB utk sambung ke Laptop atau PC korang,kalau tak ada usb external Hardisk tu tapi motherboard PC korang ada support Sata Hardware, boleh juga.Pastikan PC/Laptop korang dapat detect hardisk yang corupt tu.Buat Hdd tu sebagai slave dulu.Kalau dapat detect tapi tak dapat access data dalam hardisk tu(kalau dapat detect guna tera copy untuk backup) korang guna software recovery ni dulu.Offkan antivirus Windows korang sebelum backup


1.Easy Recovery Pro 6.0 (ada yang dah [crack] cari kat google)
2.FileScavanger kalau Software no 1 tak dapat recover data korang


Lepas Korang dapat data penting yang perlu tu korang boleh guna software ni untuk repair bad sector.Korang Google


1.Lowlevel Format(Hardisk brand korang)DOS version(yang ni memang cara old school nak repair bad sector).Dulu ada motherboard bios dia support LowLevel format(zaman windows95), tapi sekarang untuk motherboard latest dah takda dah function tu.


Kalau tak jumpa, cari Maxtor LowLevel Format Dos version punya boleh pakai.Kalau nak repair bad sector memang lama,kadang-kadang 1hari pun tak selesai lagi.Lepas ni korang jangan simpan data penting lagi kat HDD tu buat temporary je atau simpan data tak penting, yang penting korang burn je(DVD 7.5gb baru rm3) je.LowLevelFormat biasa digunakan apabila Bad sector terlalu teruk pada harddisk

Ada cara lain selain dari cara yang aku terangkan kat atas.Korang Google software ni Hiren Boot CD.Benda ni macam Life CD (Winlite,UBCD).Laptop korang akan boot dari Hiren Boot CD ni,pastikan setting boot Bios korang set 1st boot untuk CDRom.Run kan HDD regenerator ni untuk repair bad sector pada hardisk korang.Kalau bad sector tu minor mungkin korang dapat Start windows OS pada Laptop korang balik.Hiren Boot Cd ni dalam ISO file jadi korang kena burn file ni ke dalam CD.Selamat mencuba
Read more

Minggu, 08 Mei 2016

TIPS DIY MEMBUANG HDD HARDISK PASSWORD

,
Sering kali kita biasa terjumpa atau mendengar masalah BIOS atau masalah Sistem operasi Windows yang mempunyai password/kata laluan.

Dan sering kali kita mendengar owner terlupa password-password ini, sehingga menjadi masalah pada mereka untuk menggunakan atau mengakses Laptop atau PC mereka itu.

Selain dari Password Windows serta Bios password, ada 1 lagi password yang boleh diset pada utiliti menu bios tapi jarang dijumpai, iaitu Hdd password.

Bios serta HDD password ini mempunyai fungsi yang sama tapi akibatnya adalah berlainan, tapi fungsi asal adalah sama iaitu menghalang orang yang tidak dibenarkan dari mengakses Laptop serta data Laptop.
Untuk BIOS password, ada sesetengah model/Brand Laptop, korang masih boleh mengesas windows atau data di HDD jika terlupa password bios, kerana BIOS hanya di lock pada menu utiliti BIOS yang hanya menghalang penukaran masa/tarikh, boot menu serta option advance menu BIOS.

Tapi ada sesetengah model/Brand laptop jika terlupa password bios, ia akan menghalang Laptop dari akses Windows serta Bios menu.Jadi Laptop tersebut tidak dapat digunakan.

Untuk masalah jika terlupa kata laluan HDD password pula, segala data pada hardisk ada risiko tidak boleh dibaca walaupun HDD telah dikeluarkan dari laptop dan walaupun di akses menggunakan HDD external usb atau mengunakan Laptop lain.

Dan HDD yang ada HDD password ini ada risiko tidak dapat digunakan lagi jika password Hdd ini tidak dibuang.Perlu beli hardisk yang baru.

Cara 1:

HDD PASSWORD GENERATOR
Cara ini boleh digunakan, jika bios ada memberi error code seperti gambar dibawah ini:


Jika korang key in  HDD password yang salah 3 kali  "HDD password error code" akan terpampang pada skrin Laptop atau PC. 

Untuk generate Master password bagi HDD password ini, download  hdd_pw, run cmd
  1. Key in sebagai "hdd_pw 15494 0"
  2. Pilih "2"
  3. Pilih salah satu  upper-case ASCII Code
  4. Cuba salah 1 key yang telah digenarate oleh utiliti hdd_pwd 
  5. Reboot sistem Laptop dan key in "TCS68AF" atau "1PM79HH" pada HDD password.


Cara 2:

HDD UNLOCK
1. Download Software HDD Unlocknya http://www.hddunlock.com/download/hddunlock-setup.exe

 2. Run kan software HDD unlock ini di windows dan korang kena sambungkan HDD yang mempunyai password ini pada sistem Windows (guna external usb atau buat sebagai HDD slave).

3. Pilih HDD yang  mempunyai password, cuba unlock password HDD tersebut.
5. Reboot/restart sistem Laptop/PC, dan cuba akses HDD yang telah berjaya dibuang passwordnya tadi
Jika berminat nak baiki  masalah  yang terjadi pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Read more

Selasa, 03 Mei 2016

BAIK PULIH HP COMPAQ NX6120 BERMASALAH TAK DETECT HARDISK

,
MASALAH

Masalah laptop HP COMPAQ NX6120 ni adalah kadang-kadang bile ON normal je, kekadang ON  tak detect hardisk pula.
SOLUTION :
Aku suspek masalah kemungkinan berpunca dari  conecter HDD atau hardisk tu sendiri atau kemungkinan masalah yang lebih teruk adalah berpunca dari Southbridge chipset controller intel(jarang berlaku pada chipset intel).

Aku buka cover bawah Laptop ni untuk test hdd Laptop.HDD laptop tu di sambung pada external usb adapter dan aku test pada Komputer lain. Hardisk berkeadaan baik.Jadi bermakna masalah adalah berpunca pada Komponen di Motherboard laptop.

Selepas, diperiksa, didapati conector HDD mempunyai masalah,selesai servis dan baiki conector HDD.
Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci kerana habuk telah banyak menghalang aliran udara kipas.
Administrator Password Windows terpaksa di crack, untuk memeriksa dan menguji device atau hardware laptop supaya berada dalam keadaan baik.
Selain masalah Hardisk, sistem windows juga bermasalah kerana selalu run CHKDSK apabila nak Startup Windows walaupun CHKDSK dah run sebelum ini.
Masalah CHKDSK berulang ini agak menggangu kelancaran startup Windows kerana terpaksa menunggu lama.


Jadi aku nak bagi tips kat korang, macamana nak atasi masalah CHKDSK selalu run masa start Windows.

Start>>run>>regedit>>HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetControlSession Manager >>double click(edit) BootExecute tambah /K:C dibelakang  sebelum tanda *

( /K switch akan disable autocheck pada C: drive masa Windows startup)
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Link:http://www.windowsreference.com/windows-vista/how-to-disable-check-disk-chkdsk-at-startup-in-vista/ 










Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger