Tampilkan postingan dengan label v3000. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label v3000. Tampilkan semua postingan

Jumat, 18 November 2016

KERJA CONVERT MOTHERBOARD COMPAQ V3000 AMD NVIDIA DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ V3000 INTEL DISPLAY

,
MASALAH

Masalah laptop COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA ini adalah GPU NVIDIA chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank , tak boleh Power-On (dan ada lagi tanda yang lain).

Laptop ini sebenarnya dah lama, iaitu keluaran tahun 2007.Dan pada tahun 2009-2010 amat famous pasal masalah kerosakkan  GPU NVIDIA chipset display overheating

Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh lihat detail kerosakkan kerosakan pada Laptop Compaq V3000 disini dan lihat disini.

Penukaran chipset NVIDIA baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan akan terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana  COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA  ini walaupun telah ditukar dengan GPU chipset baru atau tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset NVIDIA Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi laptop pun akan sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah NVIDIAchipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Contoh Motherboard baru.

Untuk masalah Laptop COMPAQ V3000 AMD - NVIDIA ini, Laptop ini pernah rosak sebelum ini, masalah chipset overheating, lepas repair, hanya bertahan untuk masa yang singkat sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu chipset GPU chipset overheating

Laptop ini, sebenarnya kepunyaan adik owner dan telah rosak dan dibiarkan pada masa yang agak lama (kira-kira 1 tahun sudah rosak balik).Adiknya telah bagi free sahaja pada owner laptop ini untuk dibaiki.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard COMPAQ  V3000 Intel selepas mendengar nasihat dari aku.



CONVERT MOTHERBOARD  COMPAQ V3000-AMD / NVIDIA DISPLAY KE COMPAQ V3000-INTEL

Convert motherboard yang berlainan chipset dan Processor untuk laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, sebelum ini aku pernah convert beberapa model laptop lihat sini. Jadi pastikan korang jika nak convert hanta pada thecnician yang biasa buat, kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini ada beberapa Hardware yang perlu ditukar sekali, antaranya:

  1. Heatsink Processor tak sama (perlu tukar heatsink untuk intel processor)
  2. Processor perlu tukar 
  3. Touchpad / mousepad tak sama riben conector (perlu tukar  Touchpad / mousepad sama riben conector)  
PERBEZAAN  MOTHERBOARD V3000-AMD  DAN  V3000-INTEL



Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read more

Senin, 31 Oktober 2016

MASALAH LCD BLANKSCREEN TAK BOLEH START PADA COMPAQ V3000 ACER ASPIRE 4520

,
8 Feb 2010


MASALAH 

Compaq Presario V3000 dan Acer Aspire 4520.Problem selalu pada overheating GPU nvidia nforce 6150/7000.Kalau GPU chip dia rosak, Laptop akan ada masalah tak boleh start(Blank Screen) Led laptop menyala.Cara nak bagi elok Laptop ni adalah dengan membaiki GPU chip dia.Gpu chip tu kalau nak kenal dia bersebelahan dengan CPU cip soket Laptop.Masalah ni mungkin disebabkan kesalahan engineering design pada sistem penyejukkan (HFS) Laptop ni.Pakai CPU AMD dan Gpu Nvidia. Dua-dua chipset ni memang famous dengan masalah overheat, selain dari nvidia nforce 8400GS.

Aku banyak terima Laptop yang disebut yang masalah dia GPU chipset.Solution dia, cari orang yang boleh repair chipset motherboard atau tukar motherboard yang baru (betul-betul baru).Tapi jika masalah overheting yang dah terlalu teruk ada yang boleh repair dan ada yang tak boleh repair.Kalau ada sapa-sapa yang nak repair boleh contact aku 012-2411959


Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 
Read more

Senin, 10 Oktober 2016

COMPAQ PRESARIO V3000 3700 INTEL CPU GPU BUAT HAL KELUAR BUNYI ERROR BUZZER

,
   
                                                                           
                                                                                           

MASALAH:
1.Apabila Start button Laptop ditekan LED start button dan LED lain berkelip-kelip(blinking) dan Laptop blank screen ( tak keluar apa-apa) keluar sound buzzer  dari speaker laptop dalam beberapa saat.Laptop hang.Kadang bila start laptop boleh keluar post bios (gambar logo compaq) tapi laptop akan hang dalam beberapa saat.











   

SOLUTION:  
1.Laptop ni telah aku check (bukak casing) untuk memastikanl motherboard laptop tu yang  rosak.CPU/RAM / ADAPTER CHARGER berkeadaan baik dan tak rosak.Ada 2 kemungkinan yang menyebabkan kerosakkan sebegini  Bios atau Komponen elekronik pada MotherBoard shorthing (litar pintas)Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect Bios motherboard corrupt/defect.Jadi kena servis bios motherboard dulu untuk pastikan ia ok.Jika tidak boleh juga kerosakkan berlaku pada motherboard laptop.

 
  
  *Laptop telah dibaiki (kipas &Air ventilation juga telah cuci).






Protected by Copyscape  Web Plagiarism Software
Read more

Selasa, 06 September 2016

PEMASANGAN MOTHERBOARD BARU COMPAQ PRESARIO V3000

,

MASALAH:

Aku ada problem repair 1 motherboard seorang customer ni.Laptop dia Gpu untuk display dia dah rosak.Dah tak boleh repair lagi.Jadi last solution tukar dengan motherboard baru atau tukar chip gpu dia.Tukar chip gpu tu aku tak dapat buat(perlu mesin yang khas-infrared Bga rework station- supaya board tak rosak).


Kalau hantar tempat yang boleh buat pun harga agak mahal untuk tukar 1 chip sahaja (paling murah rm340) dan kualiti aku dapati tidak cukup bagus dan masalah customer akan berulang lagi (kebanyakkan yang tukar GPU menggunakan chipset recycle kerana harga yang recycle lebih murah pada yang baru (baru dibungkus dalam bungkusan vacum berbentuk aluminium-harga 1 chipset dah 200++) .

Motherboard refurbished adalah salah satu optional solution juga tetapi kualiti motherboard refurbish tidak cukup bagus juga pada pendapat aku (masalah pakai chipset recycle-kebanyakkan dari CHINA).Banyak sangat masalah untuk return tukar motherboard balik.


SOLUTION :
Jadi aku usaha untuk cari motherboard yang betul-betul baru.Dan hanya 1 suplier ni yang jumpa dalam 1 Kuala Lumpur.

Sebolehnya jika anda mempunyai masalah pada laptop yang mengunakan nvidia & ati untuk display tukar sahaja motherboard baru jika 2nd time rosak selepas repair.Dan untuk 1st time repair jangan lebih rm100 dengan 1bulan waranty (Repair motherboard-kena confirm betul-betul) untuk masalah blank screen pada laptop anda.Call/Sms aku untuk pembaikan laptop/Pc di:012-2411959(hafizam)



















Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger