Tampilkan postingan dengan label amd. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label amd. Tampilkan semua postingan

Jumat, 18 November 2016

KERJA CONVERT MOTHERBOARD COMPAQ V3000 AMD NVIDIA DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ V3000 INTEL DISPLAY

,
MASALAH

Masalah laptop COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA ini adalah GPU NVIDIA chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank , tak boleh Power-On (dan ada lagi tanda yang lain).

Laptop ini sebenarnya dah lama, iaitu keluaran tahun 2007.Dan pada tahun 2009-2010 amat famous pasal masalah kerosakkan  GPU NVIDIA chipset display overheating

Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh lihat detail kerosakkan kerosakan pada Laptop Compaq V3000 disini dan lihat disini.

Penukaran chipset NVIDIA baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan akan terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana  COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA  ini walaupun telah ditukar dengan GPU chipset baru atau tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset NVIDIA Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi laptop pun akan sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah NVIDIAchipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Contoh Motherboard baru.

Untuk masalah Laptop COMPAQ V3000 AMD - NVIDIA ini, Laptop ini pernah rosak sebelum ini, masalah chipset overheating, lepas repair, hanya bertahan untuk masa yang singkat sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu chipset GPU chipset overheating

Laptop ini, sebenarnya kepunyaan adik owner dan telah rosak dan dibiarkan pada masa yang agak lama (kira-kira 1 tahun sudah rosak balik).Adiknya telah bagi free sahaja pada owner laptop ini untuk dibaiki.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard COMPAQ  V3000 Intel selepas mendengar nasihat dari aku.



CONVERT MOTHERBOARD  COMPAQ V3000-AMD / NVIDIA DISPLAY KE COMPAQ V3000-INTEL

Convert motherboard yang berlainan chipset dan Processor untuk laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, sebelum ini aku pernah convert beberapa model laptop lihat sini. Jadi pastikan korang jika nak convert hanta pada thecnician yang biasa buat, kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini ada beberapa Hardware yang perlu ditukar sekali, antaranya:

  1. Heatsink Processor tak sama (perlu tukar heatsink untuk intel processor)
  2. Processor perlu tukar 
  3. Touchpad / mousepad tak sama riben conector (perlu tukar  Touchpad / mousepad sama riben conector)  
PERBEZAAN  MOTHERBOARD V3000-AMD  DAN  V3000-INTEL



Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Read more

Sabtu, 01 Oktober 2016

KERJA CONVERT MOTHERBOARD HP PAVILLION G42 AMD RADEON DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ CQ42 INTEL HD DISPLAY

,

MASALAH

Masalah laptop HP PAVILLION G42 i5 ni adalah GPU AMD Radeon chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank serta key Caps Lock dan Numlock blinking (ada lagi tanda yang lain). Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh belajar bagaimana nak kenal kerosakan pada Laptop Compaq-HP disini

Walaupun dengan penukaran chipset AMD Radeon baru, kebiasaanya, masalah overheating GPU akan berulang balik dan akan tetap terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana HP PAVILLION G42 i5 ini walaupun telah ditukar dengan AMD RADEON GPU chipset baru atau ditukar denganmotherboard lain (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset AMD Radeon Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi oleh laptop pun akan tetap sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah AMD Radeon chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.


Untuk masalah Laptop  HP PAVILLION G42 ini, Laptop pernah rosak sebelum ini, iaitu masalah chipset Display Overheating yang terlalu panas, lepas repair, hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu masalah blank screen dan Power off dengan sendiri menunjukkan masalah chipset GPU chipset overheating berulang kembali.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard  COMPAQ CQ42 Intel HD selepas mendengar nasihat dari aku.

Untuk info, motherboard untuk Laptop HP adalah sama dengan Laptop Compaq, kerana kedua-dua brand ini datang dari company yang sama.

Spesifikasi Laptop HP G42
O/S: dos
Processor: Intel® Core™ i5.
Chipset: Intel HM55.
Memory: 1 GB DDR3 SDRAM PC-8500, Max. Memory 8 GB (2 DIMMs).
Video: Ati Mobility Radeon Premium Graphic HD6370 (shared).
Display: 14" WXGA LED, Max. Resolution 1366 x 768.
Hard Drive: 500 GB Serial ATA 5400 RPM.


CONVERT MOTHERBOARD HP G42 KE  CQ42-INTEL HD

 
Untuk melakukan kerja convert motherboard yang berlainan chipset bagi laptop ini agak mudah , tak seperti kerja convert sebelum ini yang aku pernah buat untuk beberapa model laptop Compaq Lihat Sini dan Lihat Sini.Cuma untuk mendapatkan motherboard Intel chipset ini agak susah dan mencabar kerana motherboard ini jarang-jarang ada pada stock suplier.

Tapi untuk precaution, pastikan korang jika nak convert hantar pada thecnician yang biasa buat, atau jika nak buat sendiri, sila buat homework terlebih dahulu kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan bayaran jika terlalu susah nak dapat motherboard serta untuk mengelak tersilap hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini, hanya 1 sahaja Hardware yang perlu ditukar kerana processor serta heatsink adalah sama, iaitu:
  1. Motherboard CQ42 Intel HD.
Laptop telah di test dan berada didalam keadaan baik dan sempurna.
Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger