Tampilkan postingan dengan label joybook. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label joybook. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 30 Juli 2016

BAIK PULIH BENQ JOYBOOK S32 TAK BOLEH POWER ON DAN ADAPTER BLINKING

,
Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S32  ni adalah tak boleh power on , menurut info dari owner, masalah disebabkan kerana kemungkinan, terkena petir.

Apabila jack dari power adapter charger Laptop disambung ke Laptop, Led power charger berkelip-kelip(blinking) continuously dan Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada start suis . Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa),keadaan Laptop ini menunjukkan ada komponen di motherboard telah short.
MASALAH
  1. Laptop mengalami masalah komponen motherboard shorting (tak boleh Power-ON).
SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, ada komponen dibahagian bekalan kuasa moherboard laptop telah mengalami shorting atau leakage.

Tanda - tanda motherboard short adalah power adapter led indication akan blinking atau terpadam terus bila di sambung pada connector jack power Laptop.


Selepas penukaran komponen yang faulty dan shorting dilakukan pada Laptop ini, motherboard Laptop dapat dihidupkan seperti biasa.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop tak boleh Power-On, dan adapter power blinking atau mati pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Read more

Sabtu, 21 Mei 2016

BAIKPULIH LAPTOP BENQ JOYBOOK S31V MOUSE PAD DAN KEYBOARD GAGAL BERFUNGSI

,
MASALAH

Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V  ini adalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketika run Windows, owner terpaksa guna keyboard dan mouse external semasa menggunakan laptop ini.


Dan owner  mengatakan ,problem terjadi apabila dia cuba baiki masalah bluescreen dan laptop hang dan mati sendiri dikedai komputer sekitar tempat tinggalnya, masalah bluescreen dah setel tapi masalah  mouse pad dengan keyboard gagal berfungsi pula terjadi dan laptop masih shutdown- mati dengan sendiri, jadi owner telah approach aku untuk baiki Laptop ini kerana kakak owner pernah baiki laptop dengan aku.


Apabila Windows run dalam Safe Mode mouse pad dengan keyboard boleh berfungsi, tapi jika windows run dalam keadaan biasa, masalah seperti yang disebutkan tadi berlaku.
Aku cuba format windows baru, tapi masalah masih sama, format menggunakan HDD lain juga masih sama.Laptop akan berkeadaan begitu dan mouse pad dengan keyboard masih tak berfungsi ketika run windows dalam keadaan normal




BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V ni akhirnya berjaya juga diselesaikan.
Rupa-rupanya bateri pack Laptop menjadi punca masalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketiaka windows run dalam keadaan normal.


Ini berkemungkinan disebabkan bateri pack menggangu driver mouse pad dengan keyboard ketika windows dalam keadaan mengesan semua hardware di Laptop selepas Bios Post.


Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.


Read more
 

Computer Information Copyright © 2016-2022 -- Powered by Blogger